Pengalaman aku di Asrana SMTLC

Jam menunjukkan pukul 5 petang, ak pergi ke dewan makan untuk mengalas perutku sebelum melakukan aktiviti riadah.. setelah masuk ke dalam dewan makan, nun disana kelihatan seorang awek  yang sudah lama ingin ku tegur tetapi tidak berkesempatan.. entah mengapa hatiku berdebar2 ketika memandang mukanya.. namun, ak tahan pandanganku kerana risau disedari awek tersebut..  dan selepas itu ak pun beredar dari dewan makan yg cume memberikan karipap dan donat.. Petang itu seperti biasa ak bermain takraw bersama kawan2.. setelah lama ak bermain terasa dahaga di tekak.. oleh sebab watercooler di hadapan dorm ak x sejuk.. ak mengambil keputusan untuk minum di watercooler di hadapan kelas PPN.. sedang ak berjalan , ak ternampak awek itu sedang duduk bersembang dengan kwannya di public phone blakang pondok pengawal.. dan hatiku mula rasa berdebar2 dan mungkin ini shj peluang untuk ak merasmikan peribicaraan ak dengannya.. dan mula lah perbicaraan antara kami (aku yg stat dlu)
“Asalammualaikom” ,
“Wa’alaikumsalam.. knape?”
“saje nak berkenalan…”
“ohh yeke? Huhu.. ko kelas KAG yg pandai nyayi tu erk?”
“Eh xde la.. bese2 je.. ko nie ********** kan? (ceh2 nak kire * latu)”
“Ye ak.. nape?”
“huhu rsenye kite prnh bersembang x sebelum nie? Aku lupe lak.. huhu..”
“hmm ak rse pernah kot.. ntahla hehe”
Sedang dy habiskan perbicaraanya datang seorang lelaki  datang memotong perbualan kami.. Rupanya  lelaki adalah BF nya.. so tanpe buangkan mase ak pon belahla prgi  minum air kt watercooler tu..  (malas kaco awek org) Dalam hati aku berfikir.. nape la dy pilih laki cm tu.. dh la pendek (pendek skit dri ak) .. muke je putih..  dan lepas minum ak terus ke court takraw tanpa memandang mereka berdua..

Setelah letih bermain takraw…  dan ustat pon dh bising kami pon pergi msuk dorm dan siap untuk mandi… mcm biasa dlm bilik air.. menjerit telolong menyanyi (entah aspuri dngar ke x ntah haha)..
Setelah selesai mandi, aku pon bersiap ke Dewan Makan untuk makan malam dan seterusnya ke surau untuk mengumandangkan Azan..  Seperti biasa, pelajar2 akan prep selepas solat Maghrib , Beratur dan pelajar2 akan ke klas prep..  Oleh kerana hari itu ak tidak banyak kerjasekolah yang hendak dibuat.. so ak pon jalan2 pusing stu skola dalam mse Prep.. Mcm biase aku akan ke block asrama lama untuk skodeng2 plajar aspuri yg tgh prep, tp time ak sedang asyik skodeng ak terlihat awek tersebut meminum air  di watercooler.. Perh dlm hati mmg x terkata sonoknye.. oleh sbb nyamuk bnyk sngt kt tempat ak skodeng tu ak pon belah la g tempat lain pulak. (muke puas)
Sedang ak berjalan2  ak ternampak 2 orang pasangan kekasih sedang bermadu asmara di pondok blakang PKA.. (mmg port dating pon)..  x Nampak pon muke dorang..  dan sedang asyik tgk dorang merendek tetibe dnga bunyik deruman motor ustat basidh meronda.. dengan sepantas kilat ak tgk pasangan tu hilang serta merta.. (fuh peka btul pndengaran mereka)..  dan ak pulak x sempat lari ustat dh panggil… berikut  perbualan ak dgn ustat basidh..



“ Kmu buat ape kt sni KyreL?”

“err.. sy g tandas td ustat..”

“tandas ape kat bawah nie? tandas prep kmu bkn kt atas ke hah?”

“err.. rmai sngt kt atas tu ustat, dh la pintu xde kunci kang  dorang bukak ternampak TUUT kang.. “

“Macam2 la kamu nie.., dh2 g naik atas sblum ak rotan kamu kang”

“ oke2 Ustat, jgn marah erk. . baik2 jalan ustat..”

Berlari2 anak ak beredar meninggalkan ustat… kemudian ak tros pergi ke kelas prep sambung sembang ngn kwn2 plak… dh lame sembang2 klas prep pon habes..  ntah ape pelajaran hari ak pon x tau.. semua plajar pon pergi ke surau untuk solat Isyak..

Sementara tunggu plajar aspuri datang , ak memulakan kerja ak iaitu skodeng dekat tepi tingkap PA system kt dlm surau.. perh mulut2 aspuri nie mmg x bole diam.. dalam jalan2 pon bersembang je kjenye.. dan sedang ak skodeng2 ak terlihat seorang awek nie.. awek nie muke mcm melayu, tapi x pkai tudung pon.. lawa jugak awek nie.. comel muke dy.. dan sebelah awek yg x pkai tdung nie.. ade awek yg ak bersembang mse kt tepi pondok pngawal tu.. perh.. lawa siot dua2 nie.. haha..  Selepas semua aspuri dah ada dkt surau. Ak pon iqamat la.. dan bermulalah solat fardu isyak.. mse mule solat isyak tu ak pon pergi la saf pling blakang untuk main selak2 langsir.. hehe saje gurau2..  pastu dh  abes main ak pon solat la isyak berjemaah.. setelah selesai solat.. perut pon dh lapar. Ak pon pergi ke dewan makan utuk SUPER..

Setelah selesai makan.. ak pon pergi ke dorm untuk baring2 dan bersembang2 dgn kwan2.. dlm pkul 11.45 mcm tu perot ak rse lapar la sngt2 , so ak nak pergi buat meggi.. pade mastu la pulak Watercooler tu air panas dy bule siap basuh tangan la pulak (x panas). So ak amik keputusan utuk pergi ke watercooler dekat blok asrama lama.. ak pergi sorang je sbb kalo pergi ramai2.. nanti kompom megi ak cepat habis… so ak pon pergi la dkt block asrama lama..

(part Seram sket)
Sedang ak berjalan2 ak trase mcm ade bnde je sdang prhatikan ak.. ak bt bodo je la sbb ap na takut lampu bnyk……… Dalam ak sedang isi air panas tu ak pon perhatikan blok Bengkel KAG(bengkel aku).  Dan sedang ak perhatikan betul2.. ak ternampak dua Besi sedang terapung2 diudara.. mulenye ak releks la.. sbb.. maybe besi  tu tergantung..  dan lepas ak isi air panas tu.. ak pon buat la meggi.. dan tetiba ak pikir balik.. setahu ak.. ak yang last kemas bengkel dan xde besi pon yg tergantung.. dan tetibe bulu roma ak naik menegak.. dan ak tengok balik kat bengkel tu.. besi tu hilang dari pandangan.. dan dlm hati ak berkumatkamit doa ayat kursi ak bace.. dan selepas itu aku terdengar bunyi besi jatuh.. nthen.. ape lagi.. dgn langkah seribu.. ak melari pecut dan berterabur megi2 ak semasa ak berlari.. haha.. sampai kat pondok pengawal ak tgk tnggl sudu je kt dlm bekas meggi ak.. fuh mmg rugi rsenye bile fikir2 balik.. baik ak bwak je kawan.. x la rugi mcm nie skali.. dengan hati yang hampa dan perut yg lapar serta tangan dan hati yg bergetar2 ak pon baik ke asrama dan ak lihat semua lampu terpadam.. so ak pon letak bekas megi atas locker dan  tido seperti biasa tanpa menceritakan pengalaman aku kepada sesiapapun… ( menyesal ak sep sngt td )

Jangan memilih cinta..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.